Cakap²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Hello , lamanya kitorang hilang
by Fox Sat Aug 29, 2020 11:25 am

» Rahsia Pengguna Prepaid Buat Duit Setiap Bulan
by ASBN Mon Apr 28, 2014 3:38 pm

» CATUABA ORIGINAL : Tenaga Lelaki Luarbiasa . Terbukti Hebat... COD di KL.
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:15 am

» TAWARAN HEBAT VIMAX Original Canada - Saiz Senjata & Seksual : COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:12 am

» SPERMAX GEL : TERBARU Untuk Tahan Lama, Keras, Besar & Panjang Zakar. COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:03 am

» Andropenis Gold|Produk Tambah Saiz Zakar
by notrexdame Wed Mar 13, 2013 10:42 pm

» Stud 100 | Spray Untuk Tahan Lama | Digunakan Di Serata Dunia |
by notrexdame Mon Mar 11, 2013 9:49 pm

» Lovekiss Strawberry Pelincir Seksual Berperisa Strawberry | Sungguh Aroma
by notrexdame Sun Mar 10, 2013 6:57 pm

» NEXUS Pheromone | Hormon Pemikat Wanita
by notrexdame Wed Mar 06, 2013 10:55 pm

» Beauty Breast Pump | Besar Dan Tegang Payudara
by notrexdame Thu Feb 28, 2013 9:18 pm

» Playboy Penis Pump | Pump Zakar | Besar | Panjang | Meluruskan Zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 8:38 pm

» Semi gauge pistol penis pump - untuk sedutan lebih kuat pembesaran zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 12:29 am

» SEMENAX PIL HERBA UNTUK TAMBAH AIR MANI, SPERMA & PANCUTAN
by notrexdame Thu Feb 21, 2013 10:16 pm

» Isteri Sempit | Isteri Ketat | Tongkat Madura | Tongkat Ajimat Madura
by notrexdame Tue Feb 19, 2013 11:23 pm

» losyen power 31 brutal bioasli
by notrexdame Mon Feb 18, 2013 9:07 pm



10 Perangkap Syaitan : Bacalah k

Go down

10 Perangkap Syaitan : Bacalah k Empty 10 Perangkap Syaitan : Bacalah k

Post by hainur83 Thu Apr 02, 2009 10:27 am

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang
membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak
menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di
neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ''
( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing,
sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan
seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau
tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak
dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu
akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan
nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu
itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula
merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.
Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati
manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani
manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia
yang berupaya menangkis godaan tersebut..
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh
pintu:



1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia
berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut
ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang
seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu
kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau
bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia
sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan
dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila
masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak
menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang
menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan
tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar
menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci
Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar
nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang
berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu
sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu
merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang
lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia
miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali
orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.''
(Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba
Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim
daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi
mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat
malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa
diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa
mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang
telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
hainur83
hainur83
Forumer

Male Number of posts : 30
Age : 40
Location : Shah Alam
Job/hobbies : Personal Assistant - Internet
Registration date : 28/11/2008

http://knowmystyle.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum