Cakap²
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Hello , lamanya kitorang hilang
by Fox Sat Aug 29, 2020 11:25 am

» Rahsia Pengguna Prepaid Buat Duit Setiap Bulan
by ASBN Mon Apr 28, 2014 3:38 pm

» CATUABA ORIGINAL : Tenaga Lelaki Luarbiasa . Terbukti Hebat... COD di KL.
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:15 am

» TAWARAN HEBAT VIMAX Original Canada - Saiz Senjata & Seksual : COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:12 am

» SPERMAX GEL : TERBARU Untuk Tahan Lama, Keras, Besar & Panjang Zakar. COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:03 am

» Andropenis Gold|Produk Tambah Saiz Zakar
by notrexdame Wed Mar 13, 2013 10:42 pm

» Stud 100 | Spray Untuk Tahan Lama | Digunakan Di Serata Dunia |
by notrexdame Mon Mar 11, 2013 9:49 pm

» Lovekiss Strawberry Pelincir Seksual Berperisa Strawberry | Sungguh Aroma
by notrexdame Sun Mar 10, 2013 6:57 pm

» NEXUS Pheromone | Hormon Pemikat Wanita
by notrexdame Wed Mar 06, 2013 10:55 pm

» Beauty Breast Pump | Besar Dan Tegang Payudara
by notrexdame Thu Feb 28, 2013 9:18 pm

» Playboy Penis Pump | Pump Zakar | Besar | Panjang | Meluruskan Zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 8:38 pm

» Semi gauge pistol penis pump - untuk sedutan lebih kuat pembesaran zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 12:29 am

» SEMENAX PIL HERBA UNTUK TAMBAH AIR MANI, SPERMA & PANCUTAN
by notrexdame Thu Feb 21, 2013 10:16 pm

» Isteri Sempit | Isteri Ketat | Tongkat Madura | Tongkat Ajimat Madura
by notrexdame Tue Feb 19, 2013 11:23 pm

» losyen power 31 brutal bioasli
by notrexdame Mon Feb 18, 2013 9:07 pm



Teori Alfred Adler

Go down

Teori Alfred Adler Empty Teori Alfred Adler

Post by adhwa88 Sat Dec 13, 2008 9:08 pm

Pengenalan
Alfred Adler dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Rudolfsheim, Vienna, Austria. Beliau berasal dari keluarga Jewish kelas pertengahan. Beliau berbangsa Yahudi, namun beliau tidak dibesarkan dalam kebudayaan masyarakat Yahudi. Beliau menganuti kepercayaan Protestant.

Adler merupakan anak kedua daripada 6 adik- beradik. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Sigmund. Semenjak dari kecil, Adler sering dibanding- bandingkan dengan abiliti abang sulungnya. Beliau dan Sigmund, sememangnya berbeza dari segi keupayaan fizikal. Adler berasa cemburu dengan abangnya yang sentiasa dibanggai dalam pencapaian sukan. Tambahan pula, Adler tidak mampu untuk bergiat aktif sepertimana abangnya, Sigmund kerana beliau telah disahkan menghidap penyakit Pneumonia ketika berumur baru 5 tahun. Lebih menyedihkan, doktor pula mengesahkan penyakit Adler adalah kronik dan sukar dirawat.


TEORI URUTAN KELAHIRAN


ANAK TUNGGAL
Bagi pasangan suami Isteri yang mempunyai hanya seorang anak. Maka, oleh sebab- sebab tertentu di mana salah seorang pasangan mungkin mengalami penyakit yang menghalang mereka mendapat anak. Demikian, kehadiran anak tunggal dalam hidup mereka dianggap suatu keajaiban Allah. Memandangkan pasangan tersebut tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu dan bapa, anak ini ditatang bagai minyak yang penuh. Anak ini mendapat sepenuh kasih sayang dari pasangan dan tumpuan perhatian yang diterima pula adalah 200 peratus oleh anak tersebut. Akibatnya, anak ini terlalu dilindungi dan perkembangan anak mampu tergugat. Anak tunggal juga sering mengalami kesukaran dalam perkongsian sesuatu dengan adik- beradik dan rakan sebaya. Ini kerana sebelum ini hidupnya bersendiri dan mendapat tumpuan yang padu daripada kedua orang tuanya. Kebiasaannya, anak ini lebih senang berdamping dengan orang dewasa dan gaya bicara anak tunggal banyak dipengaruhi oleh tutur bahasa orang- orang dewasa.

ANAK SULUNG
Anak sulung akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapa. Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah tehadap adiknya. Anak ini mengalami situasi dethroned. Dia harus belajar berkongsi dengan adiknya. Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini melangkah ke alam pra- sekolah. Ibu dan bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding dengan adik- beradik yang lain. Kepada adik- adik pula, anak sulaong dijadikan sebagai model mereka, Kesan dari layanan yang diterima cenderung menjadikan anak sulong ini bersifat agak tegas dan autokratik. Dia turut merasakan dia sentiasa mempunyai hak kuasa ke atas adik- adiknya. Dia boleh menjadi seorang yang ringan tulang jika ada dorongan yang dihulurkan oleh ibunya atau ayahnya. Kebiasaanya, anak sulong sering beralih mengharapkan keprihatinan daripada ayahnya setelah lahir anak kedua dalam keluarga.

ANAK KEDUA
Sifat anak ini selalunya lebih agresif berbanding dengan anak sulong. Dia selalu dibantu dalam banyak perkara dan sentiasa ada penyokong di belakang kejayaannya –sama ada ibu, bapa atau kakak atau abangnya. Dia turut mempunyai daya saing yang lebih tinggi dan sering kali berlumba- lumba untuk menjadi yang lebih baik daipada adik- beradiknya yang lain. Anak kedua boleh menjadi seorang yang degil atau cuba dilihat menyerlah daripada orang lain dalam apa- apa perkara.

ANAK TENGAH
Menurut Adler, anak tengah umpama sandwich. Anak tengah sering merasa dirinya terhimpit dan tidak menyerlah dalam keluarga. Sikapnya juga adalah agresif dan cepat marah. Dalam hidupnya, dia sentiasa ke arah cuba mencari suatu keadilan bagi dirinya sendiri mahupun untuk individu lain. Dia seorang drastik dalam bertindak.

ANAK BONGSU
Hidupnya dibelakangi oleh banyak ketua. Abang-abang ataupun kakak- kakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah-olah dia mempunyai banyak orang ibu dan bapa. Namun, dia tidak mengalami situasi dethrone berbanding adik- beradiknya yang lain. Dia ini sering berhasrat ingin menjadi besar atau lebih berkuasa daripada orang lain. Dia mempunyai cita- cita yang besar tetapi seringkali kecundang di tengah jalan. Kadangkala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersifat keanak- anakan walaupun dia sudah remaja.

ANAK KEMBAR
Salah satu daripada pasangan kembar ini akan bersifat lebih agresif, cerdas, dan aktif. Maka, ibu bapa mereka cenderung melihat salah seorang daripada mereka adalah kakak atau abang kepada yang satu lagi. Anak kembar boleh mengalami masalah ketidaktentuan identiti. Pasangan kembar yang lebih menyerlah akan menjadi ketua dan model kepada pasangannya yang lebih lemah dan pasif.

Adler percaya setiap individu mempunyai cara hidup yang unik dan apa yang berlaku kepadanya adalah ditentukan oleh persepsi dan penilaian dia terhadap persekitaran.

Demikian, setiap individu berupaya mengubah sesuatu perkara dan bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari tindakan yang diambil. Individu tersebut turut menentukan sendiri gaya hidup yang wajar dipilih dan ia adalah tanggungjawab diri sendiri.
adhwa88
adhwa88
Forumer

Female Number of posts : 13
Age : 35
Location : Per@k n Sel@ngor n P@h@ng n Putr@j@y@
Registration date : 13/12/2008

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum