Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Lot Banglo Cantik di Besut_Tepi Sekolah
by anjang Tue Oct 28, 2014 10:47 pm

» TERHANGAT & TERMURAH DI PASARAN!!!_Susu Kambing WITH Madu
by anjang Tue Oct 28, 2014 10:47 pm

» Rahsia Pengguna Prepaid Buat Duit Setiap Bulan
by ASBN Mon Apr 28, 2014 3:38 pm

» CATUABA ORIGINAL : Tenaga Lelaki Luarbiasa . Terbukti Hebat... COD di KL.
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:15 am

» TAWARAN HEBAT VIMAX Original Canada - Saiz Senjata & Seksual : COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:12 am

» SPERMAX GEL : TERBARU Untuk Tahan Lama, Keras, Besar & Panjang Zakar. COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:03 am

» Andropenis Gold|Produk Tambah Saiz Zakar
by notrexdame Wed Mar 13, 2013 10:42 pm

» Stud 100 | Spray Untuk Tahan Lama | Digunakan Di Serata Dunia |
by notrexdame Mon Mar 11, 2013 9:49 pm

» Lovekiss Strawberry Pelincir Seksual Berperisa Strawberry | Sungguh Aroma
by notrexdame Sun Mar 10, 2013 6:57 pm

» NEXUS Pheromone | Hormon Pemikat Wanita
by notrexdame Wed Mar 06, 2013 10:55 pm

» Beauty Breast Pump | Besar Dan Tegang Payudara
by notrexdame Thu Feb 28, 2013 9:18 pm

» Playboy Penis Pump | Pump Zakar | Besar | Panjang | Meluruskan Zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 8:38 pm

» Semi gauge pistol penis pump - untuk sedutan lebih kuat pembesaran zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 12:29 am

» SEMENAX PIL HERBA UNTUK TAMBAH AIR MANI, SPERMA & PANCUTAN
by notrexdame Thu Feb 21, 2013 10:16 pm

» Isteri Sempit | Isteri Ketat | Tongkat Madura | Tongkat Ajimat Madura
by notrexdame Tue Feb 19, 2013 11:23 pm



Kisah Luqman Dengan Tiga Pelacur

View previous topic View next topic Go down

Kisah Luqman Dengan Tiga Pelacur

Post by elairvent on Tue Dec 02, 2008 11:54 am

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk dijual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik.

Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang
yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik

elairvent
Forumer

Male Number of posts : 240
Age : 28
Location : In da house
Job/hobbies : still a student ya..
Humor : keep further..
Registration date : 02/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Kisah Luqman Dengan Tiga Pelacur

Post by hainur83 on Tue Dec 16, 2008 11:40 am

peganglah amanah betul2 Insya Allah

moga Allah beri aku kekuatan ,amin...

hainur83
Forumer

Male Number of posts : 30
Age : 32
Location : Shah Alam
Job/hobbies : Personal Assistant - Internet
Registration date : 28/11/2008

View user profile http://knowmystyle.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum