Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Lot Banglo Cantik di Besut_Tepi Sekolah
by anjang Tue Oct 28, 2014 10:47 pm

» TERHANGAT & TERMURAH DI PASARAN!!!_Susu Kambing WITH Madu
by anjang Tue Oct 28, 2014 10:47 pm

» Rahsia Pengguna Prepaid Buat Duit Setiap Bulan
by ASBN Mon Apr 28, 2014 3:38 pm

» CATUABA ORIGINAL : Tenaga Lelaki Luarbiasa . Terbukti Hebat... COD di KL.
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:15 am

» TAWARAN HEBAT VIMAX Original Canada - Saiz Senjata & Seksual : COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:12 am

» SPERMAX GEL : TERBARU Untuk Tahan Lama, Keras, Besar & Panjang Zakar. COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:03 am

» Andropenis Gold|Produk Tambah Saiz Zakar
by notrexdame Wed Mar 13, 2013 10:42 pm

» Stud 100 | Spray Untuk Tahan Lama | Digunakan Di Serata Dunia |
by notrexdame Mon Mar 11, 2013 9:49 pm

» Lovekiss Strawberry Pelincir Seksual Berperisa Strawberry | Sungguh Aroma
by notrexdame Sun Mar 10, 2013 6:57 pm

» NEXUS Pheromone | Hormon Pemikat Wanita
by notrexdame Wed Mar 06, 2013 10:55 pm

» Beauty Breast Pump | Besar Dan Tegang Payudara
by notrexdame Thu Feb 28, 2013 9:18 pm

» Playboy Penis Pump | Pump Zakar | Besar | Panjang | Meluruskan Zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 8:38 pm

» Semi gauge pistol penis pump - untuk sedutan lebih kuat pembesaran zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 12:29 am

» SEMENAX PIL HERBA UNTUK TAMBAH AIR MANI, SPERMA & PANCUTAN
by notrexdame Thu Feb 21, 2013 10:16 pm

» Isteri Sempit | Isteri Ketat | Tongkat Madura | Tongkat Ajimat Madura
by notrexdame Tue Feb 19, 2013 11:23 pm



Perjuangan, Keikhlasan Dan Kemenangan.

View previous topic View next topic Go down

Perjuangan, Keikhlasan Dan Kemenangan.

Post by Zero on Tue Dec 02, 2008 12:03 am

Puasa banyak mendidik kita soal keikhlasan. Seseorang mungkin bersolat secara tidak ikhlas atau ingin menunjuk. Namun, sukar untuk orang yang berpuasa secara benar tanpa keikhlasan atau ingin menunjuk.
Jika tidak ikhlas tentu dia akan berbuka ketika orang lain tidak nampak. Namun jika dia berpuasa sepanjang hari dengan tidak merosakkannya, tanpa paksaan, dia mempunyai kejujuran.
Maka dalam hadis kudsi, Allah berfirman: Semua amalan anak Adam
untuknya, melainkan puasa. Ianya untuk-Ku dan hanya Aku yang
membalasnya (riwayat al-Bukhari).
Puasa mampu mendidik kita jujur dan ikhlas. Namun, ikhlas walaupun ringan di lidah, amat berat untuk penghayatan. Betapa ramai yang menyebut saya ikhlas, namun dia belum tentu ikhlas. Jika semangat puasa tidak dibawa keluar mengiringi kita di luar Ramadan, pastilah nilai-nilai hipokrit memenuhi ruang kehidupan kita.

Pada akhir Ramadan baru-baru ini saya menyertai Raja Muda Perlis dan Menteri Besar Perlis bersama rombongan melawat kem-kem tentera kita di sempadan Sarawak-Indonesia. Ini adalah acara tahunan bulan Ramadan kepimpinan negeri Perlis.

Sebelum ini banyak tertumpu di Sabah.

Program tersebut selain menghulurkan bantuan, juga bertujuan menggambarkan rasa prihatin serta menimbulkan keinsafan kepada ahli rombongan terhadap pengorbanan angkatan tentera. Mereka telah hidup dalam keadaan yang sukar bagi membolehkan orang lain hidup tenteram. Demikian sifat setiap pejuang. Mereka rela berkorban dan terkorban demi memastikan kebaikan diperoleh oleh orang lain.



Melihat mereka, saya insaf. Mereka merentasi hidup sepanjang hari dalam keadaan yang tidak selesa. Meninggalkan keluarga dan kemeriahan hidup di tengah desa atau kota. Sedangkan ramai yang di luar sana bergembira dan berpesta sehingga terlupa mengingati pengorbanan mereka. Atau seakan berasa keamanan yang dikecapi adalah percuma yang terhasil kerana duit dan harta.

Padahal mereka lupa atau sengaja melupakan bahawa di sana ada insan-insan yang bertarung nyawa untuk membayar harga keamanan ini. Sebab itu untuk para perajurit, jika mereka berjuang untuk gaji bulanan semata, itu satu kesilapan kerana jumlah gaji seperti mereka boleh diperoleh tanpa perlu mengorban kesenangan dan nyawa sedemikian rupa. Jika mereka berjuang untuk dikenang, mereka juga silap.

Manusia sebenarnya ramai yang tidak mengenang budi. Bukan sekadar seorang tentera, pemimpin ternama lagi berjasa pun, jika hilang kuasa, ramai yang akan lupa. Harta dan kerakusan hidup lebih bermaharajalela Apa yang hendak dihairankan jika manusia melupai jasa sesama manusia, sedangkan kepada Allah pun ramai tidak bersyukur kepada-Nya.
Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa
melimpah-ruah kurnia-Nya kepada umat manusia tetapi kebanyakan mereka
tidak bersyukur. (Surah al-Naml: 73).
Jasa
Sebab itu sesiapa yang berbuat jasa agar tidak dilupai, dia mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya.
Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika titik tolak ini tidak dibetulkan, hidup kita akan dipenuhi kekecewaan. Seperti seorang ibu atau bapa jika dia membesarkan anak hanya kerana inginkan jasa dikenang, tentu dia akan kecewa, jika yang berlaku sebaliknya. Namun, jika pada awal lagi dia merasakan membesarkan anak dengan penuh tanggungjawab adalah perintah Allah yang mesti ditunaikan, maka apa pun yang berlaku, perasaan kecewa dapat diringankan. Walaupun tidak dinafikan perasaan keinsanan itu tetap akan mengguris kalbu. Namun mengingati keadilan Allah dapat merubat jiwa yang parah.

Justeru, bagi para pejuang umat, atau pemberi sumbangan jasa kepada umat manusia, ubat paling utama untuk dibekalkan dalam jiwa adalah keikhlasan dengan mengharapkan pahala dari Allah dalam semua gerak kerja. Jika tidak kita akan menjadi seperti ulama-ulama pengampu yang berjuang untuk pangkat, nama dan perdampingan dengan orang besar.

Apabila semua itu hilang, bicara kekecewaan kedengaran. Mereka bagaikan ‘kupang temaga’ yang tidak ingin dikutip oleh sesiapa, kerana agenda mereka adalah keredaan manusia. Jika ada yang mempunyai nilai hipokrit yang sama, mungkin mereka mempunyai ruang berkongsi kepentingan.

Demikian juga orang-orang politik, yang kecewa kerana jasa mereka tidak disebut orang. Mereka membawa hati yang gundah dan resah. Jika mereka menjadikan seluruh perjuangan itu ibadat kepada Allah, pasti mereka tidak akan kecewa terhadap Allah.
Firman Allah:
(maksudnya)Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap
teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar (surah
al-Baiyyinah: 5).

Firman-Nya juga:
(maksudnya) Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang
yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu
telah kerjakan.(Surah al-Taubah: 105).

Perjuangan pula selalu menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan tidak dinamakan perjuangan. Maka bagi saya, wakil- wakil rakyat yang menjadikan kerusi mereka untuk menambahkan kekayaan tidak layak mendabik dada pada hari kemerdekaan sebagai pejuang rakyat. Para pejuang melakukan agenda perjuangan tanpa kepentingan.

Saya menghormati usaha Menteri Besar Perlis apabila mengumpulkan ribuan rakyat saban malam pada bulan Ramadan dan mengajar mereka agar membetulkan solat dan kefahaman agama. Itu sebagai agenda utama tahun ini. Saban malam saya terpaksa berceramah untuk puluhan ribu rakyat Perlis dan luar Perlis sejak awal Ramadan sehingga ke akhirnya.
Mereka diberikan sumbangan namun terlebih dahulu mestilah mendengar penjelasan mengenai hakikat Islam. Membetulkan solat sekalian rakyat, tidak memberikan faedah kewangan dan politik. Namun ia mempunyai nilai besar di sisi Allah. Jika ada pemimpin politik yang memikir soal solat dan kefahaman agama rakyatnya, ini amat dihargai di zaman ini.

Orang politik jika semua gerak kerja hanya memikirkan kepentingan pilihan raya, maka rakyat akan rosak. Mereka mungkin mengutamakan perkara yang tidak utama dan membelakangkan perkara yang utama hanya kerana politik pilihan raya. Itu bukan perjuangan rakyat dan umat, sebaliknya perjuangan politik kepartian atau peribadi. Bukan politik untuk rakyat, tetapi rakyat dipolitik untuk kepentingan sendiri.

Sama juga, tanpa kejujuran niat, maki hamun orang semasa kempen politik pun dibuat atas nama agama. Saya pernah
bertanya mereka yang bermazhab ’suka memaki orang apabila berceramah’: Jika Rasulullah masih hidup dan melihat anda berceramah politik agama seperti ini, adakah anda rasa baginda bangga dan memuji makian anda? Atau baginda akan berkata: Ini bukan caraku.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Bukanlah
Nabi s.a.w. itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap
kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain.”
Namun apabila kepentingan mengatasi kejujuran, agama yang murni dijadikan sandaran untuk cercaan.

Perjuangan umat hendaklah bebas dari ini semua. Perjuangan adalah ketulusan dalam melakukan pengorbanan. Dalam bulan Ramadan yang baru dua hari kita meninggalkannya, banyak mendidik kita erti perjuangan. Malangnya, belum pun Ramadan bermula, media dan iklan mengajak kita beriang-ria pada hari raya. Seakan pemergian Ramadan begitu diharapkan.

Maka masyarakat lebih sibuk bersiap menyambut hari raya dari bersiap memenuhi erti Ramadan. Memang benar hari raya adalah hari kegembiraan. Namun ia datang setelah kita merentasi Ramadan dengan kejayaan.

Kita merayakan hari raya atas arahan Allah: (maksudnya) Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka
hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah mengehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
mengehendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah
al-Baqarah: 185).
Maka hari raya hari membesarkan Allah dan hari kegembiraan. Orang bukan Islam boleh berkongsi kegembiraan dengan kaum muslimin, tetapi bukan berkongsi hakikat hari raya yang merupakan syiar dan perintah ibadah agama kepada kita.

Kekuatan
Nabi bersolat hari raya di tanah lapang seperti disebut dalam hadis-hadis. Supaya memperlihatkan syiar kekuatan dan kemenangan buat umat ini. Justeru itu, semua insan muslim disuruh menghadiri perhimpunan solat hari raya baginda, termasuk anak dara dan wanita haid.
Kata Umm Atiyyah: “Rasulullah memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada
hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara
sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai
kebaikan dan seruan kaum muslimin.” (riwayat al-Bukhari).
Inilah kebaikan solat di tanah lapang. Membolehkan semua pihak menyertai dan lebih meriah serta menggambarkan kekuatan hubungan dan perpaduan kaum muslimin. Namun apabila kita yang meninggalkan sunah ini, ramailah yang tidak dapat menyertai perhimpunan hari raya yang penting itu terutamanya kaum wanita. Satu perkara yang patut diberikan perhatian, hari raya kita selalu digambarkan dengan hari kesedihan bukan kemenangan. Media hiburan turut menggembar-gemburkan keadaan itu.

Maka hari raya asyik dikaitkan dengan air mata. Memang, kesedihan kadangkala hadir tanpa diduga. Atau keadaan tertentu menyebabkan kesedihan. Namun mewujudkan suasana dan irama sedih tidak sepatutnya disengajakan dalam menyambut hari raya. Sehingga takbir pun dengan nada kesedihan. Sepatutnya dengan nada yang bersemangat kemenangan.

Peperangan Badar adalah peristiwa penting bulan Ramadan. Tiga ratus tiga belas atau beberapa – ahli sejarah berbeza pendapat – tentera muslimin dapat mengalahkan seribu lebih tentera musyrikin. Namun saya suka melihat di sudut yang lain.
Dalam peperangan Allah menyebut: (maksudnya): (ingatlah) ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu:
Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari
malaikat yang datang berturut-turut.(Surah al-Anfal: 9).
Cubalah bayangkan jika 1,000 malaikat bertempur dengan 1,000 tentera musyrikin. Berapa ramai tentera musyrikin yang akan maut? Sudah pasti kesemua mereka. Bahkan akar umbi tentera mereka di Mekah juga akan hancur. Namun hal ini tidak berlaku. Empat belas tentera muslimin syahid, 70 tentera Quraisy mati dan 70 ditawan. Sebabnya, kedatangan malaikat adalah bagi memberikan ketenangan dan bantuan memastikan kemenangan. Namun kemenangan hakiki tidak berlaku secara percuma. Pertolongan Allah disukat dengan kadar kesungguhan dan usaha.

Kemenangan yang diberikan Allah mestilah berlaku dengan usaha orang Islam sendiri. Jika itulah peristiwa Badar yang Nabi dan malaikat turut serta, tidak diberikan kemenangan percuma melainkan dengan usaha dan pengorbanan. Adakah umat Islam hari ini boleh memartabatkan kembali maruah umat dengan hanya mengeluarkan air jampi atau berdoa semata tanpa usaha pada tahap yang dituntut? Ini mustahil.
FirmanAllah: (maksudnya) Wahai orang- orang yang beriman, kalau kamu menolong
(agama) Allah nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan)
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(Surah Muhammad: 7).
Oleh kerana kita tidak menolong agama Allah dalam erti kata yang sebenar, maka kita tidak ditolong dalam mencapai kemenangan.

Sumber: http://www.drmaza.com

Zero
Forumer

Male Number of posts : 112
Location : Sabah, KK
Job/hobbies : Pelajar Je..
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum